Thursday 19 April 2018

Vitamin C SR Shaklee


KEBAIKAN PENGAMBILAN VITAMIN C SR

Semakin ramai yang mengetahui dan inginkan khasiat Vitamin C Shaklee ini. Boleh dikatakan, ini supplement paling wajib diamalkan setiap hari. Bukan hanya bagus untuk kulit, juga bagus untuk sistem imunisasi, percepatkan proses pemulihan luka, dan banyak lagi.
Vitamin C kini dilengkapi dengan “Citrus Bioflavonoids Complex” dan juga “Sustained Release System”!

KENAPA BADAN KITA MEMERLUKAN PENGAMBILAN VITAMIN C?
✔ Untuk merangsang pembentukan sel kulit yang sihat
✔ Untuk merangsang pembentukan collagen
✔ Untuk tulang, gigi, gusi yang sihat
✔ Untuk menyokong kesihatan otot, cartilage (tisu), dan saluran darah
✔ Juga membantu melindungi kerosakan sel akibat pencemaran sekitar, stress, rokok dan diet pemakanan yang tidak seimbang
Badan kita tidak dapat menghasilkan atau menyimpan Vitamin C terlalu lama kerana ianya akan berkurangan semasa kita melakukan aktiviti seharian. Oleh itu, ia perlukan penambahan yang berterusan. Pengambilan buah-buahan citrus setiap hari hanya membekalkan kuantiti Vitamin C yang sedikit. Sebagai contoh saiz orange yang medium hanya membekalkan 66 mg Vitamin C sahaja!
Okay nak tanya tak akan korang nak makan orange lebih dari 5 biji setiap hari kan ? Larat ke kak nak makan orange setiap hari haha. Memang tak larat la kan. So dengan senang korang just makan VITAMIN C.
APA KEBAIKAN VITAMIN C UNTUK KULIT ?
Rata-rata semuaaaaa wanita di dunia ini nak cantik kan ? Semua nak kulit putih gebu kan? So apa korang makan untuk nak cantik ? Ye betul pemakanan perlu jaga, minum air putih banyak, kurangkan pengambilan makanan yang berminyak.
Tapi korang ada ambil suppliment apa apa tak untuk lebih sihat dan berkesan ? Apa yang korang perlu ambil untuk nampak cantik, putih, gebu and flawless gituuu. Harus lah ambil vitamin C by Shaklee ni untuk cantik. Okay jom kita baca sikit kebaikkan VITAMIN C SR ni.

Apa Kelebihan Vitamin C Shaklee ?

1) Membantu Pembentukan Kolagen
SR Vita-C Shaklee membantu merangsang penghasilan semula kolagen dalam tubuh badan kita. Ia mampu menjadikan kulit wajah lebih anjal dan lebih halus.
Kolagen merupakan salah satu protein yang terdapat dalam tubuh badan kita. Ia merupakan komponen penting bagi mendapatkan kulit yang gebu dan halus. Tubuh badan kita memerlukan kolagen bagi menghasilkan kulit cantik dan sihat.
Ia bertindak sebagai penguat otot-otot diwajah supaya kelihatan lebih anjal dan halus. Akan tetapi penghasilan kolagen akan merosot apabila umur kita mencecah 30 tahun ke atas. Oleh itu kita digalakkan untuk mengambil suplemen yang membekalkan kolagen untuk topup keperluan tubuh badan kita.
2) Mencerahkan Kulit Wajah
SR Vita-C membantu mencerahkan kulit wajah. Pengambilan Vitamin C setiap hari membantu mencerahkan kulit wajah yang kusam dan tona tidak sekata.
Ia juga bertindak sebagai anti-pigmen, iaitu mencegah daripada pembentukan pigmen berlaku yang boleh mengakibatkan jeragat terbentuk pada bahagian wajah kita.
3) Melindungi Sel Kulit Daripada Kerosakan
Vitamin C antara vitamin yang penting dalam membantu melindungi ketahanan sel sel kulit  dari terdedah dengan sinaran matahari (UV) yang mampu merosakkan sel kulit.
Apabila sel-sel kulit mula terjejas ia akan mengakibatkan pelbagai kerosakan dan kesan terhadap kulit wajah kita. Contohnya :-
  1. Kulit menjadi kusam
  2. Sangat sensitif
  3. Kulit menjadi merah-merah
  4. Jeragat dan jerawat mula membentuk
4) Mempercepatkan Penyembuhan Luka
Pengambilan Vitamin C yang konsisten membantu menyembuhkan luka dengan cepat. Ingat lagi masa kecik-kecik kalau jatuh luka cepat sangat kering dan sembuh. Sebabnya masa tu sofea kira hantu Vitamin C jugak. Setiap pergi farmasi akan beli Vitamin C. Lagi pun Vitamin C for kids dulu sangat lah comel dan sedap kan ðŸ˜‰
Bila keperluan Vitamin C cukup untuk badan kita, ia akan membantu memperbaiki sel-sel kulit yang luka dengan cepat dan pesat pertumbuhannya.
Situasi sama apabila jerawat tumbuh dibahagian muka, jika badan kita kekurangan Vitamin C, badan kita tak mampu untuk bekalkan Vitamin C bagi membantu menyembuhkan atau mengecutkan jerawat.
Kesannya, jerawat yang luka tadi lambat kecut dan berkemungkinan akan meninggalkan parut. Jadi nak kulit cantik bebas jerawat dan parut cuba amalkan pengambilan Vitamin C secara konsisten.
5) Kulit Halus dan Gebu
Kolagen adalah punca utama kulit halus dan gebu. Bila tahap keperluan kolagen dalam badan kita mencukupi. Ia sekaligus membantu menganjalkan kulit wajah. Kulit akan teras alebih halus dan gebu. Tak percaya? Pergi cocok2 pipi orang yang selalu amalkan pengambilan suplemen kolagen. Gebu je kan?
Dengan SR Vitamin C Shaklee ia membantu menjadikan kulit lebih halus dan anjal. Dah tak payah risau cik abang pun tak akan cari lain dah. Bila isteri dah molek depan mata.


Apakah Keistimewaanya ?

Sustained Release Vitamin C Shaklee merupakan Vitamin C yang diestrak daripada kulit buah dan mengandungi 25% bioflavonoid. Bioflavonoid mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan vitamin C di dalam tubuh badan kita untuk membantu menetang bakteria dan radikal bebas.
  1. 1 biji tablet SR Vita-C mengandungi 7 1/2 biji buah termasuk kulitnya
  2. Mengandungi bioflavonoid (memberi ketahanan kepada tubuh badan)
  3. Pembebasan secara berperingkat (sustained release) setiap jam di dalam tubuh badan kita selama 5 jam tanpa henti
  4. Ianya adalah Vitamin C semulajadi, tanpa perasa dan pewarna tiruan

Sekiranya anda nak kan kulit cantik semulajadi, boleh amalkan pengambilan SR Vitamin C Shaklee. Sesuai dengan kandungan yang dibekalkan secara semulajadi untuk tubuh badan kita. Lepas makan SR Vitamin C dah tak payah risau atau obses nak cantik dengan bahan-bahan yang merbahaya dan menyakitkan. Biarlah orang tengok natural beauty kita nanti kan ?




Nadiah 
Certified Beautician & Beauty Trainer of TWB
Owner of Nadiah Beauty Spa
Natural Home Spa | Mobile Spa
013-3050554
nurnadiahkhalid74@gmail.com
FB : Nurnadiah Khalid
IG : beautyspa_twb

No comments:

Post a Comment