Friday 30 March 2018

SAAT MAGIKA BERSAMA TWB



SAAT MAJIKA BERSAMA TWB

ASSALAMUALAIKUM.... 

Terasa berdebar pula rasanya nk update blog ni haha sebab last main blog waktu tingkatan 1 rasanya. Itu pun update bukan pasal bussines ke apa tapi pasal "CINTA MONYET" opss haha 

Okay kali ni Tajuk nad nak cerita pasal SAAT MAJIKA BERSAMA TWB. Okay apa itu TWB ? Siapa tak tahu TWB tu apa angkat tangan?? Okay uallsss sangat tak updated kalau tak tahu TWB tu apa hehehe (suka hati je nak cakap orang tak updated) 



Okay TWB tu The Walking Beauty Projek. Haaa The Walking Beauty ni apa pula haha okay TWB ni adalah spa bergerak tanpa kedai. So maksudnya kami buat spa tanpa ada kedai.  Haa macam mana pula ni. 

Okay macam ni contoh ada customer nak buat facial jadi nad tanya akak nak mobile spa or home spa.  Apa beza ke dua-dua ni kalau customer tanya, bezanya mobile spa nad datang tempat customer tak kesah la customer nak buat dekat mana office ke hotel ke rumah ke ikut keselesaan customer. Kalau Home Spa pula? Kalau Home spa customer datang tempat nad. 

Tempat nad tu dekat mana? Nad ada kedai ke? Takde awak. Belum ada kedai lagi. Tapi..... Nad buat dekat rumah nad. Rumah sewa nad. Rumah tu memang ada bilik kosong jadi bilik tu buat untuk bilik spa. Hehe senangkan jimat. Tak perlulah keluarkan duit berpuluh ribu untuk buka kedai spa. Dekat mana mana pon boleh. 

Nad memang minat buat spa. Facial muka orang, jumpa customer. Nad suka bergaul. So nad cari kursus yang nad boleh keluarkan modal tak mahal sangat tapiiii sangat sangat murah. Tk rugi kalau join TWB ni. 

Mula mula nad DAH NAK TERKENA dengan pakej dekat 6K hanya diajar 1 kos sahaja iaitu facial muka SAHAJA TAU SAHAJA. 
Lepas tu ayah nad kata cuba cari lagi mungkin ada yang murah sikit. Ye la pakej 6ribu cuma ajar 1kos sahaja. Macam rugikan. 

So nak dikatakan cerita nad ni suka mencari google la apa lepas tu jumpa laaaaa TWB ni. Then search google apa semua. Ramai cakap okay. Anddd pakej dia sangat sangat sangat murah!  I can't believe haha. Masa nad join rm1199 andddd dapt belajar dekat 6 kos tauuuuu. 

So nad dengan tak fikir terus whatsapp kak sya. Tanya semua la mcm mana tpi waktu tu macam belum gaji haha so kak sya cakap kalau nadiah betul nak boleh LOCK harga ni dengan bagi deposit. YaAllah dah la pakej Memang sangat sangat murah then boleh lock dulu harga tau. So nad terus lock harga tu bagi rm400 waktu tu. 

Soooo tiba laaa hari waktu trainingggggg, kitaorg training dekat Hotel okayyyy. Curlas ke tidakkk haha. Waktu tu kak sya pergi USS dengan suami heheheh so kitaorg jumpa dekat Tune Hotel untuk Training 




Best kan haha curlas sangat.  So After dah join dapat customer now income buat facial ni nad nak jejak 4angka juga hehe slow slow dulu buat. 

Baru baru ni nad pergi USS dengan cousin semua percaya ke tak nad pergi tu semua dengan duit Facial tau!  Sangat bangga dengan diri sendiri. 




Nad baru baru juga join bulan February 2018. Tapi tengok lah bulan March nad dah boleh pergi USS dengan duit facial je tau. Bestkann??  

Sekarang memang dah tak minta or menyusahkan parents sebab nad dah ada income sendiri kalau tak dulu nak beli topap pon minta ibu belanja haha ops kantoi hehe 

So sampai sini je la dulu yee cerita kita kang panjang panjang takde orang nak baca. Ni pon rasa macam ada je lagi cerita nak cerita haha .

Assalamualaikum. 

Nadiah 
Certified Beautician & Beauty Trainer of TWB
Owner of Nadiah Beauty Spa
Natural Home Spa | Mobile Spa
013-3050554
nurnadiahkhalid74@gmail.com
FB : Nurnadiah Khalid
IG : beautyspa_twb


No comments:

Post a Comment